MAKSUD DIDIK HIBUR

DIDIK HIBUR

Apakah Didik Hibur?

Didik hibur bermaksud mendidik sambil berhibur.

Dalam Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didk sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar. Manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.

Ringkasnya, didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan perlaksanaan terhadap empat komponen sastera iaitu nyanyian, lakonan, bercerita dan puisi. Oleh itu, murid-murid dapat merasai keseronokan semasa belajar secara total kerana sesi pembelajaran telah dirancang dengan sistematik.

Seni Bahasa

Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid mengungkapkan keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti seni bahasa secara kreatif. Guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini secara didik hibur supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih berketrampilan serta menghayati kandungan seni bahasa itu. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa, guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Seni Bahasa yang disediakan.

Standard Kandungan Seni Bahasa

Murid patut mengetahui dan boleh melakukan:

1. Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur

2. Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif semasa bercerita secara didik hibur.

3. Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.

4. Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

CONTOH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN DIDIK HIBUR

TEMA

KEKELUARGAAN

TAJUK

Kebun Datuk Saya

FOKUS UTAMA

Standard Kandungan

4.1

Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyayian secara didik hibur.

Standard Pembelajaran

4.1.1

Menyebut seni kata lagu melalui nyayian secara didik hibur.

FOKUS SAMPINGAN

Standard Kandungan

1.5

Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran

1.5.1

Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat:

a) Menyebut seni kata lagu dengan sebutan yang betul dan jelas melalui nyayian secara didik hibur.

b) Menamakan haiwan-haiwan yang terdapat dalam gambar.

PENGISIAN KURIKULUM

a) Ilmu: Pendidikan Moral

Nilai: Kasih saying, keberanian

b) KBT:Verbal linguistic, visual ruang, kinestetik

SISTEM BAHASA

Tatabahasa; Kata nama am

MEDIA

Seni kata lagu, gambar tunggal, kad perkataan dan lampiran

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI

PENGISIAN KURIKULUM

CATATAN

Langkah 1

1. Guru memaparkan gambar tunggal pada papan tulis.

2. Murid diminta menamakan haiwan-haiwan yang terdapat dalam gambar tersebut dan membincangkan tentang haiwan tersebut.

Contoh:

- bunyi haiwan

Nilai: Kasih sayang

Teknik Soal Jawab

Teknik nyayian

Lampiran 1

Gambar tunggal(carta gambar atau slaid powerpoint)

Langkah 2

1. Guru memperdengarkan lagu “Pak Mamat Ada Kebun”.

2. Guru mempamerkan seni kata lagu “ Datuk Saya Ada Kebun” dan membimbing murid membaca dan menyebut seni kata lagu tersebut.

3. Murid dibimbing oleh guru untuk menyanyikan lagu tersebut sambil melakukan aksi yang sesuai.

4. Murid menyanyikan lagu tersebut secara berkumpulan dan kelas.

5. Guru dan murid menyanyi beramai-ramai sembil melakukan aksi yang sesuai.

LAGU

Lampiran 2

Seni kata lagu “ Datuk Saaya Ada Kebun”.

AKTIVITI

PENGISIAN KURIKULUM

CATATAN

Langkah 3

1. Sediakan 5 keping kad perkataan.(ayam,itik,kambing,burung,

kucing)

2. Pilih 5 orang murid secara rawak. Murid diminta melekatkan kad perkataan pada gambar yang sesuai pada Lampiran 1.

3. Kemudian murid diminta menyebut nama-nama haiwan dengan sebutan yang betul.

4. Murid yang melekatkan kad perkataan diminta bercerita tentang haiwan-haiwan yang telah disebut tadi

KBT

Kontekstual

Nilai: Keberanian

Lampiran 3

-kad perkataan

Lampiran 1

-kad gambar

Langkah 4

1. Murid diminta menyanyikan semula lagu ‘ Datuk Saya Ada Kebun” dengan sebutan yang betul dan intonasi dan gaya dan sesuai sebagai penutup.

Lampiran 2

- seni kata lagu “Datuk Saya Ada Kebun”.

Seni Kata Lagu

Datuk Saya Ada Kebun

Datuk saya ada kebun,

Iya,iya,o

Di kebunnya ada ayam,

Iya,iya,o......

Kok,kok ni, dan kok kok tu,

kok ni kok tu

Kok, kok, kok, kok

Datuk saya ada kebun,

Iya,iya,o,

Di kebunnya ada itik,

Iya,iya,o....

Kuek,kuek ni dan kuek kuek tu,

kuek ni kuek tu,

kuek,kuek,kuek,kuek,

(ulang untuk semua haiwan)

Irama lagu: Pak Mamat Ada Kebun

CONTOH-CONTOH LAGU DIDIK HIBUR

BAPAKU PULANG DARI KOTA

Rasa SAYANG

ENJIT-ENJIT SEMUT

BANGUN PAGI

Simpulan Bahasa


Simpulan Bahasa

Maksudnya

ada angin

berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika

ada hati

mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu

air muka

rupa atau wajah seseorang

ajak-ajak ayam

tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang

ada bakat

mempunyai tokoh atau perwatakan

alas perut

makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan

anak angkat

anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri

anak bapa

anak yang disayangi oleh bapa

anak buah

orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara

anak emas

anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya

angkat kaki

meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab

atas angin

negara-negara di sebelah barat

atas pagar

tidak menyebelahi mana-mana pihak

ayam tambatan

orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan

bahasa pasar

bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya

banyak mulut

orang yang banyak bercakap

batu api

orang yang suka menghasut

batu loncatan

sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati

bau-bau bacang

tali persaudaraan yang jauh

bawah angin

negara-negara di sebelah timur

bekas tangan

hasil kerja tangan seseorang

beralih akal

berubah fikiran atau pendapat

beralih angin

pergi ke sesuatu tempat untuk berehat

berat hati

enggan; malas

berat mulut

pendiam atau tidak suka bercakap banyak

berat tulang

orang yang malas bekerja

berat sebelah

tidak berlaku adil

berbelah bagi

sukar untuk membuat keputusan

berhati batu

degil dan sukar menerima nasihat

berhutang budi

patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga

bermuka dua

tidak jujur

bertikam lidah

bertengkar; berdebat

besar hati

bergembira atau berbangga akan sesuatu

besar kepala

degil; sukar menerima pandangan orang lain

buah hati

orang yang dikasihi atau dipuja

buah mulut

sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai

bush tangan

hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang

bulat hat!

bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad

buruk siku

mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain

buta hati

tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam

cahaya mata

anak

cakar ayam

tulisan yang buruk

campur tangan

turut serta atau mencampuri urusan orang lain

cari jalan

berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu

epat tangan

suka mencuri

dalam tangan

sudah pasti akan diperoleh

darah daging

anak kandung

durian runtuh

keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka

gaji buta

mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh

gelap mata

hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta

harga diri

maruah atau kehormatan seseorang

harga mati

harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi

hati batu

degil atau keras hati

hidung tinggi

sombong atau tinggi diri

hilang akal

tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri

ikat perut

menahan lapar kerana berjimat

iri hati

menyimpan perasaan dengki atau cemburu

isi hati

perasaan dalam hati

jalan buntu

tidak ada jalan penyelesaian

kacang hantu

orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain

kaki ayam

tidak berkasut atau berselipar

kaki bangku

tidak berkebolehan bermain bola

kaki botol

suka minum minuman keras

kecil hati

berasa tersinggung atau merajuk

kepala angin

perangai yang tidak menentu

kepala batu

degil dan tidak mendengar nasihat

kera sumbang

orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain

khabar angin

berita yang belum tentu benarnya

langkah kanan

bernasib baik

langkah seribu

cepat-cepat lari kerana ketakutan

lidah bercabang

kata-kata yang tidak dapat dipercayai

lipas kudung

cepat membuat kerja

lintah darat

mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan

makan angin

bersiar-siar untuk berehat

makan suap

menerima rasuah

malu-malu kucing

berpura-Aura malu di hadapan orang

mandi peluh

bekerja kuat

mati katak

mati dengan sia-sia

membabi buta

melakukan sesuatu tanpa berfikir

membawa diri

tahu menjaga diri

membuka jalan

memberi laluan kepada orang lain

membuka tembelang

menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain

memeras otak

terlalu kuat berfikir atau belajar

menarik diri

tidak turut serta; meletak jawatan

mencari jalan

berusaha untuk melakukan sesuatu

mencuci mata

gembira memperhatikan sesuatu yang indah

mencuit hati

lucu; menggelikan hati

mengabui mata

cuba memperdaya; menipu

mengadu domba

memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya

mengambil angin

bersiar-siar untuk berehat

mengambil berat

memberi sepenuh perhatian

mengambil hati

dapat memikat atau mempengaruhi

mengasah bakat

latihan untuk mengembangkan bakat

muka tembok

tidak berasa malu

mulut murai

kuat bercakap atau berbuat bising

mulut tempayan

tidak dapat menyimpan rahsia

murah hati

suka bederma; tidak kedekut

naik angin

terlalu marah

nyawa-nyawa ikan

hampir-hampir mati

orang atasan

orang yang berpangkat tinggi

otak cair

pintar atau bijak

otak kering

kurang siuman

otak udang

bebal atau bodoh

paku belanda

barangan yang tetap harganya

panas hati

meradang atau marah

panjang tangan

suka mencuri

pasang telinga

mendengar dengan teliti

pekak badak

kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat

pembasuh mulut

makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi

perang mulut

pertengkaran

pilih kasih

memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai

pisau cukur

perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki

puteri lilin

tidak tahan terkena panas matahari

putih hati

ikhlas; jujur

putih mata

mengalami kekecewaan

rabun ayam

penglihatan yang kurang jelas

rambang mata

sukar membuat pilihan

ringan tangan

suka membuat kerja: menolong orang

sampai hati

tergamak melakukan sesuatu kerja

serkap jarang

membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa

tangan terbuka

menyambut sesuatu dengan senang hati

tangkai jering

orang yang kedekut

tawar hati

tidak mempunyai minat lagi

tebal muka

tidak tahu malu

telinga kuali

tahan hati menerima kemarahan

telinga lintah

tajam pendengaran

telinga nipis

cepat marah atau meradang

terang hati

mudah memahami sesuatu

tidur-tidur ayam

tidur yang tidak nyenyak

tin kosong

bercakap besar tanpa ilmu

titik peluh

hasil usaha yang bersungguh-sungguh


PERUMPAMAAN


Perumpamaan

1. Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas, dan kemas serta

mempunyai maksud yang tersirat.

2. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti,

dan umpama.

3. Senarai perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut.

Perumpamaan

Maksud

Bagai aur dengan tebing

tolong-menolong antara satu dengan yang lain

Bagai bunyi cempedak jatuh

bunyi jatuh yang kuat

Bagai bulan dipagari bintang

kecantikan gadis yang tiada bandingannya

Bagai diiris dengan sembilu

perasaan yang sangat pedih

Bagai duri dalam daging

sesuatu hal yang tidak menyenangkan

Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

hanya mementingkan diri sendiri

Bagai itik pulang petang

berjalan lambat sekali

Bagai isi dengan kuku

persahabatan yang sangat erat

Bagai kacang melupakan kulit

orang yang tidak tahu mengenang budi

Bagai kumbang putus tali

amat cepat; terlepas daripada sengsara

Bagai melepaskan batuk di tangga

membuat sesuatu kerja sambil lewa saja

Bagai menatang minyak yang penuh

mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang

Bagai mencencang air

membuat pekerjaan yang sia-sia

Bagai mural tercabut ekor

seseorang yang becok mulutnya

Bagai si kudung mendapat cincin

orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh

Bagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin dengan permata

pasangan yang sama padan dan sama cantik

Bagai tikus membaiki labu

merosakkan lagi barang yang dibaikinya

Seperti abu di atas tunggul/ Seperti telur di hujung tanduk

kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin

Seperd anak ayam kehilangan ibu

berpecah dan hilang tempat bergantung

Seperti anjing dengan kucing

adik-beradik yang suka bergaduh

Seperti anjing dengan bayang-bayang

orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada

Seperti api dalam sekam

dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi

Seperti ayam berak kapur

muka pucat dan tidak bermaya

Seperti bertih digoreng

bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti

Seperti cacing kepanasan

tidak diam atau tenang; selalu gelisah

Seperti embun di hujung rumput

kasih sayang yang tidak berkekalan

Seperti gergaji dua mata/ Seperti talam dua muka

seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak

Seperti harimau menyembunyikan kukunya

menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya

Seperti hujan jatuh ke pasir/ Seperti mencurahkan air ke daun keladi

memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan

Seperti katak di bawah tempurung

orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar